Saturday, February 13, 2010

OBJEKTIF PERTUBUHAN

_Merangka & mengendali program kemasyarakatan bagi mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dalam pelbagai aspek dengan berasaskan filem dan sinema sebagai platform pelaksanaannya.

_Membudayakan filem dalam komuniti dan masyarakat dalam melahirkan masyarakat yang celik filem bagi komuniti sejagat amnya dan masyarakat Malaysia khususnya.

_Memanfaatkan medium seni filem sebagai medium seni penting dalam kehidupan sekaligus menjadi platform mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat dari segala aspek tidak kira dari aspek kemasyarakatan, sahsiah, pemikiran, ilmu, pendidikan, kewangan, industri dan sebagainya.

_Mewujudkan sebuah komuniti dan masyarakat yang mempunyai apresiasi yang tinggi terhadap seni filem dalam usaha membentuk komuniti berintelek, mempunyai daya sensitiviti terhadap seni serta menyokong usaha pembangunan industri perfileman kondusif serta pasaran yang lebih luas dari peringkat akar umbi.

No comments:

Post a Comment