Tuesday, January 26, 2010

SALAM PERKENALAN

Selamat datang ke blog rasmi Pertubuhan Sinema Komuniti...

Pertubuhan Sinema Komuniti adalah sebuah pertubuhan non-profit yang memfokuskan kepada kegiatan kemasyarakatan melalui platform filem & sinema dalam aktiviti-aktivitinya.

Pertubuhan ini kini dalam peringkat awal penubuhan dan sedang merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun dalam usaha mendekat dan merapatkan hubungan sinema dan masayarakat.

Melalui blog ini, kami akan memaklumkan perkembangan dan aktiviti-aktiviti terdekat yang mungkin boleh anda sertai. Pertubuhan ini juga boleh diikuti melalui laman web sosial facebook dengan nama Pertubuhan Sinema Komuniti.

Kami mengalukan-alukan penyertaan anda sebagai sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Bagaimanapun, perkembangan terbaru mengenai pembukaan pendaftaran sukarelawan akan dimaklumkan dalam waktu terdekat.

Sekian buat pembuka bicara... Bersama merakyatkan sinema untuk komuniti yang lebih baik..

No comments:

Post a Comment